Wiki Komuniti - (Bahasa Malaysia)

Wiki Komuniti - (Bahasa Malaysia)

Translated by:
Verified by:

Selamat datang ke Wiki Rasmi Komuniti Pi Network!

Halaman wiki ini disunting dan dikendalikan oleh Pi Chat Moderator Komuniti dan bukan kenyataan rasmi Pasukan Teras Pi (Pi Core Team). Permintaan E-mel yang dihantar melalui laman web ini dipantau oleh Pasukan Teras Pi.

Pi Network Komuniti Wiki bertujuan untuk membantu Perintis mengetahui masalah dan menyelesaikan masalah sendiri sebelum memulakan Permintaan E-mel. Tujuan sistem Permintaan E-mel kami adalah untuk Perintis melaporkan pepijat dan menyelesaikan masalah pepijat dengan aplikasi atau akaun Pi anda yang tidak dilindungi oleh Komuniti Wiki. Pasukan Teras (Core Team) mengalu-alukan soalan dan maklum balas anda yang bermakna. Kerana jumlah tiket yang tinggi, kami akan mengutamakan menjawab cadangan yang membina dan masalah kritikal yang tidak dapat ditangani oleh FAQ, Wiki Komuniti, atau Moderator ruang sembang, tetapi mesej anda akan disemak oleh ahli Pasukan Teras Pi (Pi Core Team). 

Untuk pertanyaan umum mengenai Pi Network, misalnya, cara mendapatkan Pi, atau cara aplikasi Pi berfungsi, sila lihat halaman Soalan Lazim: https://minepi.com/faq. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai misi, visi, dan strategi jangka panjang Pi Network, sila lihat Kertas Putih: https://minepi.com/white-paper. 

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan tambahan setelah membaca Soalan Lazim atau Kertas Putih, sila masuk ke ruang sembang aplikasi Pi, di mana Moderators ruang sembang Pi dapat memberikan penjelasan dan panduan penyelesaian masalah.

.


Isi Kandungan

 

.


.

Cara Log Masuk - Saya  terlupa bagaimana saya mendaftar, atau terlupa kata laluan saya

Penting untuk anda masuk ke Aplikasi Pi melalui kaedah asal yang anda gunakan untuk mendaftarkan akaun anda, iaitu Facebook atau nombor telefon dengan kata laluan. Sekiranya anda menggunakan kaedah yang berbeza atau nombor telefon yang berbeza dari kaedah asal semasa pendaftaran akaun, anda akan membuat akaun yang baru tanpa ada Pi dilombong di dalamnya. Ini TIDAK bermaksud Pi di akaun asal anda hilang. Oleh itu, sekiranya anda diminta memasukkan nama pertama dan nama terakhir atau nama pengguna semasa cuba log masuk, sila berhenti. Jangan buat akaun baru dengan kaedah log masuk ini, dan cuba kaedah lain (Facebook berbanding nombor telefon) atau nombor telefon anda yang lain.

 

Secara amnya, cubalah cara berikut untuk melihat adakah anda boleh mendapatkan semula akaun asal anda:

  1. Cuba log masuk melalui Facebook dengan mengklik "Teruskan dengan Facebook." (Sekiranya anda menerima ralat (error) yang membawa anda kembali ke halaman log masuk, jalankan proses sekali lagi.)

  2. Cuba log masuk dengan nombor telefon yang digunakan dengan akaun dengan mengklik "Teruskan dengan nombor telefon".

  3. Sekiranya anda terlupa kata laluan anda semasa anda "Teruskan dengan nombor telefon" atau jika anda tidak menerima kod pengesahan, cuba lakukan pemulihan akaun dengan mengklik "Kata laluan terlupa?" atau "pulihkan akaun".

  4. Kadang kala, tetapan anda boleh mempengaruhi log masuk. Cuba log masuk dalam keadaan yang berbeza (dan ini adalah percubaan yang berbeza untuk masuk):

Percubaan log masuk 1: Matikan telefon anda dan kemudian hidupkan semula

Percubaan log masuk 2: Matikan wifi anda dan gunakan data

Percubaan log masuk 3: Cuba dengan (atau mematikan) VPN anda


.

Lingkaran Keselamatan

Bagaimana cara menambahkan Lingkaran Keselamatan saya?

Selepas tiga kitaran perlombongan 24 jam, anda akan dapat menambahkan ahli ke Lingkaran Keselamatan anda.

Anda seharusnya dapat menambahkan ahli pasukan pendapatan anda ke Lingkaran Keselamatan anda dengan mengikuti arahan berikut:

  1. Klik pada ikon perisai di skrin utama

  2. Klik butang "tambah pengguna Pi yang ada"

  3. Klik pada butang oren "tambah" di sebelah nama mereka

Dan akan ada tanda semak hijau di nama mereka, dimana proses tersebut telah selesai!

Bagaimana cara menambah Lingkaran Keselamatan saya dari kenalan telefon saya?

Anda mungkin dapat menambahkan Perintis lain dengan mengklik pada butang "TAMBAH DARI KENALAN" jika orang itu telah mendaftarkan nombor telefon mereka. Kadang-kadang, anda mungkin melihat logo Pi hijau dengan nama mereka, atau anda mungkin tahu bahawa mereka sudah menjadi Perintis. Klik pada nama mereka, dan kemudian klik "CONFIRM".